Oct 18, 2009
setelah sekian lama...

mungkin sudah suratan hidup aku agaknya... hmmm mmg dah terlalu lama aku x menjengah blog ni..

setelah hampir setahun aku x menulis sambungan kisah hidup akuni...

akhirnya aku telah membuat pilihan, mungkin juga sudah jodoh agaknya. aku akhirnya memilih dia, yg kini sudah bergelar suami buatku

my husband..camne nk desccribe dia agaknye erk.. seorang yang simple, x la hansome sangat, tapi sejuk mata memandang.hehehe... biasa tapi luar biasa..camne tu. memahami, penyayang( dia mmg syg sgt dgn aku) insyaallah mudah2-an. dan dia juga mampu menjadi imam aku( itu yg paling penting).

sedar x sedar dah hampir 9 bulan kami diijabkabulkan...

sebenarnya, banyak juga dugaan yg kami harus tempuhi sepanjang bergelar suami isteri... memerlukan kesabaran yg banyak...

saat yg paling membahagiakan bila dapat tahu yg aku akan jd ibu dan faizal suami ku akan jd ayah...tuhan je yg tahu mcmne prasaan aku waktu tu.. dia pulak masa dapt tahu test result tu sampai melompat2 gembira, teruja dlll bercampur baur.

waktu tu pulak aku dpt twran dari lembaga peperiksaan untuk jawatan baru, gred 41.alhamdulillah, rezki pun bertambah.

yang sedihnya terpaksala aku berpisah dengan hubby. dah la, baru sebulan tinggal sebumbung... tapi dia mengizinkan... lgi pun bukannya jauh sgt, sejam perjalanan. jadi aku tinggal dengan mak kt kampung coz dekat nk ulang-alik ke sekolah.penghujung bulan jun, aku mengalami  sedikit komplikasi, waktu tu kandungan baru je sebulan lebih,

masyaallah, aku keguguran. sebak dan sedih hanya tuhan yg tahu, mungkin tiada rezki. rasa kehilangan yang amat sgt.. aku tahu abg pun sedih jugak, tapi dia x tunjuk sgt. mungkin nk tenangkan aku.... bulan berganti bulan, sedar tak sedar dah bulan 10 dan hampir empat bulan berlalu

alhamdulillah skgni, aku akan bergelar ibu lagi....

baby, umi akan jaga baby bebaik... insyaallah. smoga allah merahmati kita.. amin


Posted at 06:27 pm by pu3fiyya
Make a comment  

Oct 14, 2008
alhamdulillah..... syukur

mungkin benar kata orang, pengalaman mematangkan fikiran dan mengajar kita makna kehidupan. alhamdulillah segala-galanya kini berjalan lancar. apa yang berlaku, menjadi sejarah bermakna dalam hidup aku dan dia. mungkin juga mampu membuatkan aku berfikir tentang keputusan yang telah dibuat.

mungkin ada juga hikmahnya.... aku kini telah mampu memberi secebis hati untuk dirinya. walaupun taksepenuhnya, yang pasti aku telah meletakkan dirinya jauh disudut hatiku dengan hati yang ikhlas... semoga Allah merestui hubungan ini sehingga ke akhir hayat. insyaallah...

status aku sekarang???? hmm.... still singgle, but not available.hehehehe...

untuk kawan2, doakanlah kebahagiaan ku. aminnnn.


Posted at 08:38 pm by pu3fiyya
Make a comment  

KENAPA? KENAPA? DAN KENAPA?

 

Hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidup aku. Rasa-rasanya mana-mana wanita pun akan menanti-nantikan saat ini. Kecuali la yang kena paksa. Mungkin agak cepat dari yang aku jangkakan.

 

Tapi, bukanke hari ini sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Tapi kenapa? Kenapa sebaliknya yang terjadi… kenapa? Kenapa aku rasa hambar? Kenapa bukan ucapan tahniah atau kasih sayang yang diterima. Kenapa ayat pertama yang masuk ke gegendang telinga aku ini membuatkan aku rasa sedikit terkilan, hati aku rasa pedih dan sedih…aku akan ingat nada dan ayat dari insan yang ingin aku serahkan hidup aku nanti. Aku faham, apa yang dia rasakan… mungkin juga terkejut dan sebagainya. Tapi bukanke itu urusan keluarga. Rasanya itu bukanlah masalah yang besar. Hidup ini kan perlu persefahaman…

 

Esok aku akan kembali kerja macam biasa. Minggu yang agak sibuk… yela, lepas raya ni banyak pulak majlis dikem dan tempat kerja. Mungkin juga masa untuk aku menenangkan diri, dan memikirkan keputusan yang telah aku lakukan.

 

Insyaallah aku akan berfikiran positif dalam setiap tindakan, setiap keputusan perlu dilakukan dalam ketenangan. Mungkin ini merupakan ujian untuk ke peringkat seterusnya. Berjaya atau gagal semuanya bergantung kepada penilaian yang baik. Insyaallah…


Posted at 08:36 pm by pu3fiyya
Make a comment  

APA AGAKNYA PENGHUJUNG BAGI CERITA CINTA SOFEA,@ PUTRI SAFIYYA@ SOFIAH@OPIE YE…..

Sebagaimana yang dah dijanjikan dulu…

 

Pernah dulu aku katakan ciri2 my dream of prince charming. Biasa la kan, ciri2 universal yang rasa2nya semua perempuan kat dunia ni pun nak untuk mencari pasangan hidup… tinggi sikit dari aku, mungkin lebih tua dari aku dan matang dalam membuat keputusan atau tindakan…tidak mudah gelabah.mampu menyara aku,cukuplah sekadar aku selesa, tidak terlalu handsome dan tak la buruk sangat. Cukupla sekadar sedap mata memandang…

 

Tapi, yang paling utama bagi aku, orang tu mestilah mencintai aku termasuklah menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri aku. Sedia untuk menerima buruk baik keluarga aku seadanya... maklumlah, bila kita menerima seseorang kita juga harus menerima seluruh keluarga orang tu. Begitu juga aku sebaliknya.

 

Kalau dalam islam pulak, nak cari pasangan hidup mestilah berlandaskan empat pkara.. kuat agamanya, baik keturunannya, merdeka  dari segi harta dan akhlak serta peribadi yang mulia.

 

tapi kadang2 aku tertnya juga, kenapa sukar sangat untuk insan bernama lelaki ini berterus terang. Sukar sangat ke nak meluahkan rasa yang sebenrnya, atau mengucapkan kata-kata cinta. Cukup ke sekadar berkias-kias sahaja…. Mungkin menunggu sehingga terlepas pada orang lain mungkin…. Macam lagu 25 minutes to late. Itu cerita orang laa…

 

Mungkin juga cerita cinta aku ni hampir ke penghujungnya, tapi belum termaktub lagi selagi tiada ikatan yang mengikat jiwa. Pilihan itu tetap terpaksa dilakukan juga… walaupun dalam diri ini belum wujud lagi perasaan cinta yang sebenarnya.. aku masih lagi bertatih dan merangkak untuk mencari-cari, cinta yang ada dalam diri ini untuk siapa sebenarnya? Seperti kata bunda, terimalah orang yang benar-benar mencintai kita. Mungkinkah perasaan sayang seorang sahabat mampu bertukar kepada cinta??

 

Kalau dulu, aku pernah menutup ruang cinta di hatiku buat insan2 yang sememangnya amat mencintai aku. Mungkin gelaran tengku dan raja pada pangkal nama deorang sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku..ingat lagi dulu, madi pernah cakap nak bagi hantaran kreta Honda yang aku minat tu kalau aku terima dia…huhuhu. Lawak betul… mujurla aku ni bukan jenis materialistic. Yang pastinya aku lebih sayangkan persahabatan kami. Aku sendiri x pernah memilih siapapun kawan aku, asalkan orang tu ikhlas.

 

Aku sendiri tertanya-tanya. Aku juga terfikir, apalah sangat yang ada dalam diri insan yang bernama sofia ini, sehingga menjadi penangan hati insan2 yang mendambakan cinta dari aku yang bukanlah siapa2.

 

Tapi sekarang mungkin sudah tiba masanya untuk aku membuat keputusan. Insyaallah aku akan menerima dia… insan yang mencintai aku seadanya. Mungkin…..

Cuma aku berharap keputusan yang bakal aku buat ini merupakan keputusan yang terbaik dalam hidup aku. Cukuplah sekali dalam hidup aku menerima insan yang bernama lelaki ini. Harap2 ini akan menjadi cinta pertama dan terakhir buat aku. Dan aku akan belajar mencintai dirinya. Walau belum sepenuhnya cinta, tapi insyaallah, sayang itu ada.

Biarlah dia bukan sesiapa, biarpun tak berharta ataupun kekurangan rupa. Tapi ketulusan hatinya membuatkan aku berani untuk membuat keputusan terbesar sepanjang hidup aku didunia ni. Aku berharap agar “F” mampu membahagiakan hidup aku. Dan aku akan mencuba yang terbaik untuk membahagiakan hidupnya. Semoga Allah merestui apa yang aku lakukan AMINNN…..


Posted at 08:32 pm by pu3fiyya
Make a comment  

Jul 31, 2008
taraaaaa

MACAM ne nak mula agaknya erk.....

Dah lama aku x menjenguk blogni… sory la untuk sume kengkawan coz dah lama x kirim cerita baru.

Tentang perlawanan sukan air peringkat kebangsaan kat putrajaya haritu, ALHAMDULILLAH…syukur kpd Allah, sebab anak didik aku dapat meraih kejayaan yang paling membanggakan. Untuk kem dan diri aku sendiri juga. Kem baling dapat johan keseluruhan dalam acara rakit dan kayak…kiranya tercapaila slogan kem baling no.1... tasik putrajaya menjadi saksi bila dato`sri najib bagi hadiah kat bdak2 aku…kembang la rasaya bila masuk tv, radio dan surat khabar.

 

Adat dalam setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Sedih gak la bila budak2 tu tamat latihan 8 jun aritu.

Sekarang ni dah start kumpulan baru… maknanya dah masuk 3 kmpulan aku dngan PLKN ni. Memang diakui,agak mencabar juga untuk kendalikan budak2 kumpulan  3 ni. Bayangkanla, ada yang x bersekolah, tak pandai membaca, dan yang paling mengejutkan ada pelatih muslim yg x tahu nk mengucap… sedih rasanya bila tgk anak bangsa sendiri tercorot sampai ketahap paling bawah. Paling teruk saudara seagama sendiri. Mujur jugak ada PLKN ni. Sekurang2nya belajar juga macam mana nak solat. Majority budak2 yang nakal2 ada masalah keluarga. Ada yang mak ayah bercerai, x duduk ngan famly dan macam2 lagi.

 

Untuk kumpulan 3 ni aku kena jadi coach untuk ptndgn bola tampar antara zon. hmm..kalau nasib baik, mungkin boleh pi peringkat kebangsaan bulan 8 nanti. Rasanya kat bangi kot.

Beban tugas pun dah bertambah, sekarang ni nak kena jadi jurulatih kanan untuk kompani pulak. Segala masalah budak2 dalam kompani nak kena ambik tau. Lepas ni ada pertandingan nasyid. Hmm… kena bernasyid pulak le gamaknya.huhuuu. haha, jadi ustazah kejap…

 

 

 

 


Posted at 11:39 pm by pu3fiyya
Make a comment  

May 20, 2008
AKU DAH KEMBALI..HUHUHU

seronok nye rasa bila dapat balik cuti....spanjang 4 hari cuti smester..budak2 plkn ni...dapat gak la aku balik umah... baru la rasa macam cuti. hmmm...isu kenaikan harga barang skgni memang terasa bahangnya. dah lama x shoping barang dapur. yela.. kat kem ni kan ada org sediakan makan minum hari2... tp bila balik aritu, pi beli barang , memang terasa harga barang semakin mahal....

time cuti ari tu dapat gak la aku test bakat yg terendam dan terpendam ni, then tunaikan hajat sepupu2 ngan famly yg nk rasa masakan aku huhhu....  first day balik aku buat laksa. sbb spupu aku ni mengidam sgt nk mkn laksa yg aku buat.,...hehehe.padahal kt kedai makan pun melambak...maklum laaa. pastu hari kedua aku wat bihun tomyam coz mak teringin nk mkn. lg pulak aisyah dah nak balik asrama kat sek.agama yan... tapi yg frustnya x sempat nk buat nasi daging, coz tetiba demam plak.... baki cuti lg 2 hari aku mmg xlarat gile. demam pun mkin teruk... memang spoil jugak la. tp nk wat cene dah kuasa tuhan...13 haribulan aku terpaksa la menggagahkan diri untuk balik ke kem coz program derma darah dah tak lambat lagi...nk kena wat preparation.

masa kat kem komandan siap perli lagi... dia kata aku demam sbb x biasa keluar malam. demam sebab pi lawan bowling...huhuhu. ada patut...

harini aku pi tengok kak zani  ngan 2 org wira kat hospital . cian tgk kak zani...teruk jugak rupanya orang mengandung ni.

24 hb 5 ni aku ade exam mTEST kat sekolah bedong... hmmm harap2 la lulus nanti. mana tau kot eh tukat pofesyen jd cikgu pulak kan... so frenz....wish me luck..

adios amigos..


Posted at 03:09 am by pu3fiyya
Make a comment  

May 6, 2008
Alhamdulillah....

dalam cibuk2 ni sempat la jugak aku curi2 on9....hahaha. 28 hb 4 2008 adalah hari penentu  untuk budak2 aku pi lawan rakit dan kayak.... sukan air ni wat kat tasik darul aman jitra... ada lebih kurang 13 kem semuanya. Ada gak dari langkawi, dan seluruh pelusuk  Zon A.

dari pagi sampai ke petang kami kat tasik ni... aku pun jumpa jugak dengan kawan2 yang satu TOT dulu tapi berlainan kem. memang seperti yang di jangka... Kem baling dapat no satu.

aku rasa inila hadiah yang paling bermakna sepanjang aku jadi jurulatih kt kem PLKN. kiranya x sia2 la aku berpanas berhujan dalam kolam ngan bebudak ni. memang susah bila nk mempertahankan kejuaraan. walaupun banyak kem2 lain yang tak puas hati. ye laa asyik2 kem baling je yang menang.dan hasilnya, johan keseluruhan dapat kat baling.... insyaallah, baling akan jd wakil zon A untuk ke putrajaya bagi peringkat kebangsaan bulan 5 ni.

ramai gak budak2 kumpulan lepas yang dtg bg sokongan....

harap2 kat putrajaya nt, kami menang lagi... aminnn


Posted at 12:49 am by pu3fiyya
Comments (2)  

Apr 9, 2008
masa untuk berfikir

dah lama x hantar entry baru... nak wat cene, sibuk sngat skgni...sampai masa untuk diri sendiri pun x de kadang2 tu....sbenarnya banyak cerita yang nk dikongsikan dengan kawan2... nantila bila free aku akan masukkan byk2 skali. huhuhuhu...

sepanjang bulan3 dan 4 ni banyak cerita dan kisah yang berlaku dalam hidup aku ni...kiranya cukup la rencah masam manis pahit masinnya...hehehe. biasala, ada yang sedih ada yang seronok, geram dan sebagainya. huhuhuhu. nama pun hidup, ape pun yang berlaku kehidupan ini tetap diteruskan. tul tak.

17 hb mac 2008, itula tarikh dimana segala usaha aku memerah otak dan keringat slama 3 tahun kat uum berbalas. dapat la jugak segulung ijazah... alhamdulillah. namun x semua yang aku harapkan dpat aku capai.. aku x la segembira mana untuk meraikan hari bersejarah tu. kalau la arwah ayah masih ada, aku pasti dia akan gembira tengok anak kesayangan dia dah berjaya. tapi AllaH lebih sygkan ayah. nk buat macam ne kan. itula suratan dalam hidup yang harus aku telan. tapi aku tetap bersyukur. sekurang2nya mak aku masih tetap menemani aku. kawan2 pun sentiasa bagi sokongan. aku bertuah sebab kawan2 sentiasa di belakang aku. mungkin keceriaan yang terpamer di wajah akuni dapat menutup rasa sedih yang aku alami. AKU KAn ORANG yg SENTIASA CERIA...hehehe.

skgni kat kem aku dah semakin sibuk. skgni kena jadi coach untuk bdak2 yang nak masuk ptandingan rakit kayak. pg2 buta dah kena bangun. start 6.30 pg sampai la ke petang. mmg pack.... nak mgajar kat kelas lg, pastu masuk kolam, naik kayak, rakit, bot... mcm2 nk kena buat... apa pun aku terima itu semua sebagai tanggungjawab, tugas dan amanah yang perlu aku pikul seadanya..... skgni bdk2 pun dah semakin rapat. macam adik2 aku sendiri....

haritu terkejut la jugak bila mak call, dia kata paklong masuk hospital... kena strok. YA Alllah,,,, dugaan betul. sehari sebelum exam untuk pkhdmatan awam g41, aku balik umah. aku ajak mak gk paklong... risaunya. sedih betul bila tgk paklong.... badan pun dah makin susut, muka pun dah lain... x macam paklong yang rapat dengan aku dulu.... hampir menitis air mata aku bila tgk  sebelah tangan kanan paklong hampir lumpuh... x leh nak angkat. paklong pun macam ingat2 lupa.. tapi sempat lagi dia pesan, nak tgok aku ikut jejak adik ila yang dah btunang aritu. dia nk tgk aku brumah tgga. Camne tu... YA Allah... sembuhkan la paklong aku ni....

hari ahad dah masuk kerja balik... aku pun kembali sibuk macam biasa.... ape pun tugas tetap tugas.... opie... go go chaiyyok... hidup mesti diteruskan.

ya Allah, bantulah hambamu ini, kurniakanlah petunjuk, bukakanlah pintu hidayah dan maghfirahmu buatku. jadikanlah hari2 yang mendatang hari yang membahagiakan dan hari yang mendatangkan kebaikan buatku. kurniakan juga insan2 yang mampu membahagiakan ku.Amin.....


Posted at 12:27 am by pu3fiyya
Make a comment  

Feb 8, 2008
ONE HARD DAY....

Pengalaman telah mendewasakan…me matangkan fikiran. Pahit getir yang telah di lalui…… Tiba-tiba je tringat lagu ni….huhuu. Saja  ja untuk mukadimah kali ni…

 

Opie….opie…. ape la kesudahan cerita aku nih… berbalik kepada ceritera hikayat yang tak habis2 lagi ni, banyak perkara yang telah terjadi sejak dua menjak ni…

Apa yang terjadi kepada putri safiyya agaknya yer….

 

Sememangnya sejak di kem baling, banyak yang telah mengajar aku tentang erti cinta sebenarnya. Seperti lagu tadi…pengalaman banyak mendewasakan dan mematangkan fikiran. Walaupun seumur hidup aku aku tak pernah bercinta, tapi kadang2 aku belajar daripada pengalaman orang lain….

 

Aku memang suka menguji setiap insan2 yang ingin mendekati aku…hehehe macam la aku ni bagus sangat…memang  sedar diri pun…. Selalu beralasan…. Itu lah aku.tapi sebenarnya aku terlalu takut memulakan alam percintaan…banyak yang aku takutkan…takut andai terpaksa mengecewakan dan dikecewakan….takut dikhianati, dan macam2 lagi.

 

Setiap orang akan melalui proses yang sama… bermula sebagai kawan, kemudian kawan rasmi. Lepastu jadi member, dan member rasmi. Bila dah naik pangkat, boleh la jadi sahabat. Masa jadi sahabat baru la boleh berkongsi cerita yang agak privasi…tapi x semuanya yang akan dikongsi. Lepas sahabat ada lagi satu tahap, sahabat rasmi… lepas tu baru lah jd special friends @ teman teristimewa… buat masa ni belum ada yang mencapai tahap tertinggi…x tahu la lepas ni macam na.

 

Sebenarnya kisah kawan2 turut mempengaruhi… Baru2 ni aku tumpang sedih lagi dengan kisah kak ita. j/latih satu kem. Seorang sahabat yang dah aku anggap macam kakak aku sendiri. Dia memang sayangkan ustad…tapi x sangka ustad sanggup memduakan kak ita…. Kak ita punya la baik.. dan .skgni dia sambung KPLI kat perils. Kak ita penah ckp kat aku kalau dia x jadi dengan ustad mengkin dia akan posting ke sabah @ Sarawak…membawa hati yang lara…sadis betul kisah kak ita…

 

Selepas aku melalui alam pekerjaan ni, ada la perubahan sama ada dr segi kengkawan dan sebagainya. Kalau dulu, masa kat kampus kebanyakan kawan 2 sering memomokkan aku dengan masalah2 cinta deorang, cerita2 frust menonggeng dan sebagainya sehingga aku pun jadi takut nk bercinta… tapi di sini lain pulak situasinya. Mungkin sebab kbnyakan kawan2 kat sini ramai yang dah kawen. So pemikiran pun lain… masing2 dah matang dalam hidup…

 

Walau pun kadang2 ayat yang terbit tu pedas dan perit, tapi benar dan mengena… betul kata kak zani.. bukan x ada cinta yang ingin bertandang, tapi setiap kali ada yang ingin memdekati, aku sendiri yang selalu mencantas dan menutup peluang. X pernah cuba membuka peluang kepada insan yang benar2 ikhlas dngn aku selama ini… hingga tanpa sedar banyak hati yang telah terluka dan kecewa…

 

Bukan niat aku begitu sebenarnya, soal hati dan perasaan bukan main2. bagi aku biarlah bila tiba masanya, orang itu menjadi yang pertama dan terakhir. Sukar untuk mencari org yang betul2 boleh menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri aku. Bukan sekadar luaran tetapi juga dalaman. Menerima famly aku tanpa syarat… berkongsi suka dan duka… memang dalam dunia ni x ada yang perfect. Dan aku juga tidak pernah mengharapkan insan yg terlalu perfect.

 

Sebelum cuti raya cina, aku terkejut bila sorang sahabat lama, tiba2 muncul kembali…. Namun sekali lagi aku terpaksa mengecewakan  prasaan dia. Macam dulu, masa kat kampus. Kejamkah aku? Tapi apakan daya…. Tak terlintas langsung untuk aku lebih dari seorang sahabat….soal hati dan perasaan kan tak boleh dipaksa. Memang darjat dan gelaran seseorang bukan penghalang zaman sekarang ni. Permaisuri pun, rakyat biasa…Lain la zaman dulu2… tapi bukan itu yang menjadi ukuran kasih syg seseorang…

 

Teringat pulak , dulu aku pernah buat satu janji dengan mak…. Yelaa, masa tu tengah study lagi, dekat2 tahun akhir gak. tapi sedara2 dok sibuk2 tanya dah ada yg istimewa ke belum.. pastu ada pulak yang nk dtg merisik la… mcm2 hal. nk blajar pun tak senang….. so mak pun tanya la… xde sapa2 lg ke… sebagai jawapan selamat, aku bg tau mak yg aku sedang membuat pilihan…susah sgt nk buat keputusan….yela, aku mana nk pcaya cintan2 ni. Lg pun tgh study, kan. Dan aku pun bagitau la sapa sahabat2 aku tu…. Sebagai perjanjian, aku cakap kat mak sapa yang lebih dulu jumpa mak dan rumah kita,  orang tu la yang akan menang. Dan ank kesayangan mak ni akan menerima dia. Sebab kalau betul org tu suka anak mak ni…. Dia akan cari jugak sampai dapat…anak mak ni tak akan sesekali bg tau rumah kita kat mana. tah mana la datang idea ni time tu…. Main2 ckp je….

 

Ada antara shbt2 yg dah cuba cari, siap guna satelit map lagi. Tapi tak sangka baru2 ni ada jugak antara sahabat2 aku ni yang dah terjumpa teratak aku.

Bukan tu aja, siap boleh borak2 ngan bunda kesayangan aku lagi….apa lagi yg aku nk cakap.. tak sangka mak ingat lagi janji aku dulu. w/pun dah lama aku cakap…. Hmmm.. alasan apa lg yg aku nk bg agak nya.

 

Petang tadi aku ke rumah arwah tok… dah lama rasanya tak pi jenguk pak long. Ramai jugak sdara mara yang mai…. Kebetulan time cuti agaknya. Seronok jugak bila jumpa adik beradik ni. Macam2 cerita yang keluar… spupu aku, adik ila yang sebaya ngan aku dah sambung belajar lagi kat UTEM, melaka. Dia pun dah bertunang tahun lepas… Cuma yang tak bestnya bila banyak pulak soalan cepumas yg terlantun ke muka aku ni… yelaa, sekarang ni kan aku dah kerja. So… aku dengan slumbernya pun ckp la. “Apa kata kalau mak tih tolong cari… dok solo lagi ni…x ada org nak. Nak buat cam na. Hehehehe.”

 

Dalam gurau2 tu x sangka pulak dia betul2 nk knlkan dengan sedara jauh kami… engineer katanya. Hahahaha…. Ni la lawak antarabangsa paling kelakar pernah aku dengar…ada jugak macth maker dalam famly aku ni. Dah la kbykn sdara mara aku ni telibat dlm bdg engineering. X suka betul…. Member2 pun byk kjruteraan….

Mujoq la aku sempat pusing cerita…..kona2 kot lain….. ni la nasib bila umo smakin meningkat.. tapi rasanya aku ni cam budak2 lagi. Apa nak kalutkan… baru 24 tahun. Rileks arr… awal lagi. Target aku, paling awal pun 25 tahun.hmm...  TERPAKSA LA DIPIKIRKAN SEMULA...Atleast matlamat j/pendek nak pakai kereta tu dah tercapai. Walaupun bukan dream car…..

Rasanya cukup la sampai sini dulu…. Cuti raya cina pun dah nk abis. Lecehnya, dah nk kena keja pulak. Tapi yg bestnya lepas ni ada menembak. Kami akan ke kem Hobart, kt gurun… tempat lama aku dulu… kat situ la aku naik atas kerusi jaguh masa jadi juara tembak jatuh piring dengan snaiper keseluruhan tembak repal dulu… biar lah rahsia… hehehe, balik kat kem nanti aku akan jadi budak baru nak belajar…huhuhuhu mesti best….

Adios……


Posted at 08:11 pm by pu3fiyya
Make a comment  

Jan 29, 2008
sambung lagik....

harini aku pusing2 kat pekan baling.... survey tempat untuk program khidmat komuniti...hmm... tak la jauh sgt. juz area baling jugak.... kiranya nanti x la sesat bila nk bawak budak2 pegi...

x tau la tempat mana satu aku nk pegi nanti.... ada la sorang sahabat aku ni, baru je naik pangkat jadi shbt....nt dia pun tlibat gak dlm program nih.... huhuhu. jd penyelaras kot....keje elok2 la wahai sahabat....


Posted at 09:57 pm by pu3fiyya
Make a comment  

Next Page


pu3fiyya
December 28th
Female
Malaysia

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed